Malaysia akan turun dengan misi kemenangan pertama dalam Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan menentang Kanada menjelang perlawanan kedua pusingan round-robin di Ipoh malam ini.

Selepas tewas 4-5 kepada Pakistan dalam aksi pertama semalam, The Speedy Tigers perlu meraih kemenangan dalam aksi kali ini untuk mencerahkan peluang ke final.

Saksikan siaran lansung perlawanan ini di Astro Arena HD saluran 801 pada jam 8.30 malam ini.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di aplikasi Astro GO.