Hernandez tekad balas kepercayaan Bayern, Perancis
Ammar Hakim
March 26, 2021 11:03 MYT
March 26, 2021 11:03 MYT
Lucas Hernandez tekad untuk membuktikan kemampuannya buat kelab dan negara ketika pertahanan Bayern Munich menyasarkan untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama buat Perancis.
Hernandez mengalami kecederaan lutut dan buku lali dalam tahun pertama di Bayern, namun kini merupakan pemain utama dalam skuad kendalian Hansi Flick.
Pemain berusia 25 tahun itu membuat 17 penampilan dalam saingan Bundesliga -- 12 daripadanya dalam kesebelasan utama -- dan termasuk lapan bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL), membantu kelab Jerman itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Dia turun sebagai pertahanan kiri buat Les Bleus bagi aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022, dengan seri 1-1 ketika bertemu Ukraine.
"Ya sudah tentu. Saya seorang yang selalu mahu bermain," kata Hernandez.
"Saya banyak cedera tahun lalu tetapi tahun ini kecederaan telah meninggalkan saya sendiri. Saya bermain, saya mahu mengembalikan keyakinan kepada kelab yang membeli saya dua tahun lalu. Ada ketika saya kecewa, marah ketika berada di bangku simpanan.
"Di Bayern, persaingan sangat sengit. Saya pernah mengalami masa kurang bermain, tetapi saya masih yakin pada diri sendiri, saya selalu berusaha dalam latihan.
"Terdapat juga banyak persaingan dalam pasukan Perancis, kami selalu berada dalam bahaya. Bergantung kepada saya untuk bertahan."
34 - Antoine Griezmann has scored 34 goals for the French national team (87 caps), equalling David Trezeguet as the 4th top- scorer in Les Bleus history. Boss. #FRAUKR pic.twitter.com/0t6Zpjuf1V
— OptaJean (@OptaJean) March 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.