KANADA 1 NEW ZEALAND 0

Tosaint Ricketts menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Kanada memulakan hidup di bawah jurulatih baru, John Herdman, dengan kemenangan 1-0 ke atas New Zealand dalam aksi persabahatan di Sepanyol, awal hari ini.


Selepas terikat tanpa jaringan dalam babak pertama di Arena Pinatar di Murcia, Ricketts mengutip hantaran Dejan Jakovic sebelum melepaskan rembatan untuk mengatasi penjaga gol, Max Crocombe, pada minit ke-54.

Kanada, bagaimanapun, melepaskan peluang untuk melebarkan kelebihan mereka pada hujung perlawanan, dengan Liam Millar dua kali hampir menandakan penampilan sulungnya dengan gol.

Ia menyaksikan penyerang Liverpool itu cuba menanduk masuk sebelum hampir menyudahkan hantaran rendah daripada Tesho Akindele dari sebelah kanan.

New Zealand memulakan permainan dengan baik, malangnya hanya mampu melihat dua percubaan Michael McGlinchey terkena palang.

Crocombe juga mempamerkan aksi luar biasa dengan menyelamatkan dua percubaan, masing-masing daripada Jonathan Osorio dan Cyle Larin sebelum rehat.

Tetapi rembatan Ricketts membolehkan jurulatih Inggeris, Herdman -- yang dilantik pada Januari lalu selepas lebih enam tahun mengendalikan pasukan wanita Kanada -- menikmati permulaan baik dalam peranan barunya.