Pemain tengah Liverpool, Harvey Elliot, mengakui bahawa rakan sepasukannya tidak akan memberikan fokus semata-mata pada ancaman yang ditimbulkan Manchester City atau strategi permainan mereka tidak akan menjadi kenyataan.

Kedua-dua seteru itu akan bertemu di Anfield pada hari ini dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu telahpun mencapai prestasi terbaik dengan 18 kemenangan dan mencatatkan dua keputusan seri dalam 20 perlawanan terakhir mereka.

Manakala rekod permainan terakhir Liverpool pula menyaksikan mereka tewas sekali dan seri tiga kali dengan kualiti permainan ketika ini sedang berada dalam landasan yang terbaik.

"Jika melihat pada keseluruhan skuad yang mereka milik, hanya Manchester City sebagai sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan.

"Tetapi perkara ini adalah tentang kami yang tidak mahu membesarkan perkara tersebut. Kami hanya menganggapnya sebagai permainan yang tidak perlu dirisaukan.

"Kami hanya melakukan apa yang terbaik dengan tidak terlalu menganalisis atau memikirkannya.

"Kami hanya mahu meningkatkan dan memastikan kami bersedia dari awal."