Muzaffar Musa
Mon Aug 07 2023
Harry Kane mengetepikan soal ketidaktentuan masa depannya apabila menjaringkan empat gol ketika membantu Tottenham membelasah Shakhtar Donetsk 5-1 dalam aksi persahabatan pramusim di laman sendiri malam tadi.
Kane menjadi buruan Bayern Munich sepanjang musim panas ini dan pasukan gergasi Jerman itu dilaporkan telah melancarkan bidaan terakhir untuk mendapatkan penyerang itu pada Jumaat lalu.
Biarpun berdepan situasi berkenaan, ia langsung tidak menjejaskan tumpuan Kane bersama Spurs, di mana dia meraih hatrik dalam tempoh 55 minit permainan dan Shakhtar kelihatan terus tertekan berdepan ribuan penyokong lawan.
Perlawanan itu juga merupakan aksi pertama pengurus baru, Ange Postecoglou, di Stadium Tottenam Hotspur dan dia menerima sorakan padu penyokong tuan rumah ketika diperkenalkan sebelum sepak mula perlawanan itu.
Sorakan itu kian bergema sebaik Kane diumumkan berada dalam kesebelasan utama dan memakai lilitan kapten di sebalik ketiadaan Hugo Lloris.
Selepas dua percubaan awalnya diselamatkan, Kane kemudian menjaringkan gol pertama perlawanan itu pada minit ke-38 dengan menyudahkan sepakan penalti selepas James Maddison dijatuhkan.
Maddison kemudian sekali lagi bergandingan dengan rakan senegaranya itu pada minit ke-50 di mana lintangan lambungnya ditanduk masuk Kane.
Kapten England berkenaan melengkapkan hatriknya dengan melepaskan rembatan leret selepas menerima lorongan Son Heung-min.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs itu terus memberikan ancaman, kali ini dengan menolak masuk bola muntah susulan percubaan pemain gantian, Manol Solomon, untuk menjaringkan gol peribadi keempatnya pada minit ke-79.
Postecoglou kemudian mengeluarkan penyerang itu seminit kemudian dan penonton di stadium kelihatan berdiri memberikan hormat buat Kane, yang kemudian bergerak ke keempat-empat penjuru padang untuk memberikan tepukan kepada penyokong Spurs.
Graduan akademi Spurs, Dane Scarlet, yang masuk menggantikan Kane, menjaringkan satu gol lagi buat Tottenham pada penghujung aksi.
Piala Malaysia: JDT bertemu KL Rovers, Sri Pahang jadi ujian awal Selangor
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal bertemu KL Rovers sementara Selangor bertemu Sri Pahang dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia yang bakal bermula 20 November ini.
Persahabatan Antarabangsa: Pau Marti pertahan pemilihan Laos sebagai lawan Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, mempertahankan pemilihan Laos sebagai lawan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan tier 1 di Thailand pada Khamis ini walaupun ia mendapat kritikan peminat bola sepak tanah air.
Terkini: Fergus Tierney ganti Romel Morales dalam skuad kebangsaan
Romel Morales terpaksa digugurkan dalam senarai skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan menentang Laos dan India dalam tempoh seminggu ini.
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Liga Super: Arif Aiman, Tommy Mawat bakal terima hukuman tambahan -- Timbalan Presiden FAM
Insiden pertelingkahan di antara bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dan pertahanan Perak, Tommy Mawat Bada, mencetuskan persoalan daripada rata-rata peminat bola sepak tempatan.
Liga Super: Salam takziah Hector Bidoglio
Kemenangan besar Johor Darul Ta'zim di atas padang menentang Perak beri makna berbeza buat pengendalinya, Hector Bidoglio yang menyifatkan ia sebagai pengubat hati tatkala dirinya dirundung rasa sedih atas pemergian ibunya.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Pemilik Johor Darul Ta'zim(JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada susulan insiden pergaduhan ketika perlawanan tertunda Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.
Semua orang buat silap, saya maafkan pengadil -- Yusri Che Lah
Ketua Jurulatih Perak, Yusri Che Lah, sedia memaafkan Razlan Joffri Ali seandainya pengadil itu melakukan kesilapan yang tidak memihak pasukannya ketika tewas 0-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.
LaLiga: Barcelona terpaksa akur tewas kali kedua
Pendahulu LaLiga, Barcelona, terpaksa menelan hakikat kekalahan buat kali kedua dalam kempen liga kali ini dalam aksi penuh kontroversi ketika berdepan dengan Real Sociedad, di Stadium Anoeta, awal pagi tadi.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) memberikan hukuman keras kepada Indonesia susulan beberapa tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
'I'm not naive', says Amorim as he relishes 'difficult' Man Utd challenge
Amorim relishing United challenge
ATP Finals: Ruud stuns Alcaraz to claim 50th Tour-level win of the season
ATP Finals: Ruud stuns Alcaraz
Rodrygo and Vazquez add to growing Real Madrid injury problems
Rodrygo, Vazquez injured for Madrid
USA recall Pulisic and McKennie for Concacaf Nations League quarter-finals
Pulisic, McKennie recalled for USA
Injured Barcelona star Yamal withdraws from Spain squad
Yamal out for up to three weeks
'Giannis is a child' - Brown disappointed by fake handshake
Brown unhappy with Giannis
Arteta: Saka and Rice injuries do not look good
Arsenal injuries do not look good
Nuggets coach Malone running out of ways to laud 'best player in the world' Jokic
Malone: Jokic the world's best
Skinner: Man Utd 'know where they are headed' despite run of draws
Skinner: United know future plans
Conte fumes at VAR after 1-1 draw with Inter
Conte fumes at VAR