Peningkatan ranking itu susulan skuad negara di bawah bimbingan Pau Marti Vicente menewaskan Filipina dan Lubnan sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti muncul juara Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 selepas menewaskan Lubnan 1-0 menerusi jaringan Romel Morales minit ke-33 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/n8JgYkjcG9
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 8, 2024
Untuk rekod, Julai lalu menyaksikan skuad negara menduduki tempat ke-134 ketika berada di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Dalam pada itu, Indonesia pula melonjak empat nak tangga untuk berada di kedudukan ke-129 dunia dengan 1124.17 mata. Manakala, Vietnam berada di ranking ke-116 dan Thailand ranking ke-100 dunia.