Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia


October 24, 2024 19:59 MYT
Harimau Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul 1,113.92 mata kehilangan 3.72 mata berbanding kemas kini pada 19 September lalu.
Penurunan mata itu selepas Harimau Malaya tewas 0-4 kepada New Zealand dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober lalu.
Selain itu, kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan satu lagi slot perlawanan persahabatan Tier 1 ketika jendela perlawanan persahabatan FIFA itu turut mengundang kepada kejatuhan ranking tersebut.

Ranking Harimau Malaya | 24 Oktober 2024 Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, turun 1 anak tangga berbanding 132 pada kemas kini terdahulu, 19 September 2024. * Kemas kini seterusnya 28 November 2024#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/g44jOikJ9Y

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, berdasarkan kemas kini ranking kali ini, misi Harimau Malaya untuk berada dalam Balang 1 pada undian pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 juga semakin sukar.
Ia selepas India yang menjadi saingan rapat kepada pasukan negara dalam kedudukan ranking yang akan menentukan ke balang 1 atau 2 kini berada di kedudukan ke-125 dunia dengan mengumpul 1,133.78 mata.
Jurang yang sangat besar sebanyak 19.86 mata tampak mustahil untuk dikejar Harimau Malaya apatah lagi pasukan negara setakat ini hanya akan berdepan satu perlawanan persahabatan menentang India pada November.
Undian Kelayakan Piala Asia itu akan diadakan pada 19 Disember.
Kredit -- Sinar Harian
#bola sepak #Harimau Malaya
;