Harimau Malaya berpeluang dapatkan khidmat bekas penjaga gol Real Madrid


July 18, 2024 19:10 MYT
Pasukan bola sepak kebangsaan berpeluang untuk miliki bakat penjaga gol berdarah warisan dari Sepanyol, Diego Altube.
Bekas penjaga gol yang pernah membarisi skuad Real Madrid ini difahamkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya ke kelab Johor Darul Ta'zim bagi jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia Ogos akan datang.
Diego Altube kini masih berstatus ejen bebas sehinggalah perpindahannya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Beliau yang telah memiliki pasport Malaysia dikhabarkan akan menyertai JDT dan ini membuka satu lagi peluang untuk beliau beraksi sebagai penjaga gol Harimau Malaya.

Diego Altube bakal menjadi goalkeeper Harimau Malaya dan JDT. Difahamkan individu ini akan menyertai JDT pada second transfer window. Mempunyai darah Malaysia. Difahamkan passport sudah dapat. JDT doing JDT things. pic.twitter.com/9gpZ9Y8ibE

— Onefootball.my (@OnefootballM) July 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain yang telah beraksi bersama kelab Albacete Belompie di La Liga 2 bermula tahun 2022 itu terpaksa meninggalkan kelab tersebut setelah kontraknya tamat pada awal Julai 2024.
Menerusi perkhabaran ini, Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan tenaga baharu di posisi penjaga gol sekaligus memberi cabaran kepada penjaga gol utama kini, Syihan Hazmi untuk merebut tempat. Jika segalanya berjalan lancar, Pestabola Merdeka 2024 bakal menjadi aksi pertama pemain ini beraksi bersama skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Pau Marti.
#liga super #Harimau Malaya #Pestabola Merdeka