Harimau Malaya bakal bertandang ke India November depan

Najmi Iman
September 25, 2024 15:04 MYT
Selepas mengumumkan New Zealand sebagai lawan, Harimau Malaya juga bakal bertemu pasukan yang berada di ranking ke-126 dunia untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bagi mengisi slot Kalendar Antarabangsa FIFA pada 19 November depan.
Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu siaran media di Facebook yang menyaksikan India menjadi salah satu lawan dalam aksi persahabatan antarabangsa itu.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan berkelanan di sana di samping venue dan waktu sepak mula perlawanan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).
Dalam masa sama, FAM masih mencari satu lagi pasukan lain dalam tempoh berkenaan sebagai misi mempersiapkan diri mengharungi kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric akhir tahun ini.
#bola sepak #India #Malaysia #Harimau Malaya