Halilintar Tempoyok: Video pelancaran jersi Sri Pahang paling 'lucu' setakat ini

Muzaffar Musa
April 26, 2024 08:42 MYT
Jika ada anugerah video pelancaran jersi paling lucu dan menarik sepanjang pramusim ini, Sri Pahang pasti pemenangnya.
Pasukan Tok Gajah itu sebentar tadi melancarkan jersi 'home' terbaru mereka bagi musim ini dengan sebuah video yang cukup dekat dengan rakyat Darul Makmur.
Jersi yang diberi nama Halilintar Tempoyok itu mengangkat makanan tradisi Pahang, Tempoyak, sebagai simbolik mengekalkan warna tradisi kelab berkenaan, iaitu kuning dan biru.
Ikuti video di bawah:

Fresh threads, fresh dreams. Introducing our new season's colors and design. SPFC ft. Voltra ?#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #voltrafootball pic.twitter.com/ORzur61B6l

— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Sri Pahang FC