Hairuddin Omar pembantu jurulatih Harimau Malaya?

Saufi Tahir
December 17, 2024 13:26 MYT
Hairuddin Omar dikhabarkan bakal mengisi kekosongan selaku penolong jurulatih Harimau Malaya di bawah kendalian pengendali baru skuad kebangsaan, Peter Cklamovski.
Mengikut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusof Mahadi, tidak menolak kemungkinan calon penolong jurulatih adalah daripada pembantu tempatan dengan nama Hairuddin ataupun lebih dikenali sebagai Hai-O berpotensi mengisi tempat itu.

Tugasan Pau Marti tdk akan terganggu sekalipun jika Malaysia ke final Amec . Peter Cklamovski akan memulakan tugas 1 Januari 202 - sasaran layak Piala Asia 2027. Datuk Yusof Mahadi tdk menolak kemungkinan calon pen jurulatih adalah dari tempatan. Welcome back to FAM, Hai-O ? pic.twitter.com/6JjkLPxVD1

— FinaNasrom (@fnasrom) December 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia turut menambah tugasan Pau Marti Vicente tidak akan terganggu sekiranya skuad negara mara ke pentas akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 walaupun Peter Cklamovski akan memulakan tugasan bermula 1 Januari 2025.
#bola sepak #Harimau Malaya #Hairuddin Omar
;