Hadi Fayyadh terpaksa berehat panjang
Muzaffar Musa
April 16, 2021 20:46 MYT
April 16, 2021 20:46 MYT
Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, yang kini sedang dipinjamkan kepada kelab Liga J3, Azul Claro Numazu, disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di lutut kanannya ketika menjalani latihan hujung bulan lalu.
Menurut pengurusnya, Hiroshima Hamada, pemain itu telah kembali ke pangkuan kelab asalnya, Fagiano Okayama, dan sedang menjalani proses pemulihan sebelum menjalani pembedahan minggu depan.
Segala maklumat mengenai tahap kecederaannya akan dimaklumkan selepas pembedahan itu selesai.
Hamada menyeru agar semua pihak memahami situasi itu dan memberi ruang kepada pemain berusia 23 tahun berkenaan untuk bersedia daripada segi mental dan fizikal sebelum memasuki fasa pemulihan.