Haaland mampu jadi pemain pertama bernilai GBP1 bilion
Ammar Hakim
October 22, 2022 12:07 MYT
October 22, 2022 12:07 MYT
Erling Haaland boleh menjadi pemain pertama dalam bola sepak dunia yang membuat perpindahan bernilai GBP1 bilion, menurut ejennya, Rafaela Pimenta.
Haaland meninggalkan Borussia Dortmund untuk menyertai Manchester City selepas mereka mengaktifkan klaus perlepasan bernilai GBP51.2 juta dalam kontraknya Mei lalu, dan penyerang itu telah mula membuahkan hasil dengan permulaan cemerlang di England.
Pemain Norway itu menjadi pemain pertama menjaringkan sembilan gol dalam lima penampilan saingan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) Ogos lalu dan telah meledak tiga hatrik dalam pertandingan tersebut.
Haaland telah menembusi gawang 15 kali dalam 10 perlawanan liga buat City, dan Pimenta, who menguruskan agensi yang dibina oleh mendiang Mino Raiola, percaya dia boleh mencipta sejarah dengan perpindahan seterusnya.
Diminta untuk meletakkan harga Haaland oleh Sky Sport Italia, Pimenta berkata, "Satu bilion, itulah yang saya fikir.
“Jika anda kumpulkan nilai bola sepaknya, nilai imejnya, nilai tajaannya, ia pasti satu bilion.
"Ia juga perkara biasa untuk membandingkan Erling dengan [Kylian] Mbappe, jadi anda mempunyai idea mengenai pasaran semasa. Saya fikir Erling akan menjadi pemain pertama yang mencapai perpindahan sekitar GBP1 bilion."
Putting the work in! ⚡️#ManCity pic.twitter.com/qwTp4T6KjK
— Manchester City (@ManCity) October 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Prestasi luar biasa Haaland bertepatan dengan spekulasi yang mengaitkannya dengan Real Madrid, tetapi Pimenta terbuka untuk membincangkan kontrak baharu dengan City.
Ditanya sama ada Haaland sudah boleh mendapatkan perjanjian baharu, dia berkata: "Saya harap begitulah! Jika mereka mahu membincangkannya hari ini, saya sangat gembira. Mengapa tidak?"
#Manchester City
#Borussia Dortmund
#England
#Norway
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#English Premier League
#Erling Haaland
#Rafaela Pimenta