Kekalahan Chelsea di tangan Everton 2-0 semalam sudah pasti ramai yang terlepas ekoran konsert final All Stars Gegar Vaganza (ASGV) semalam.

Chelsea melewati dua kekalahan berturut-turut kepada Manchester United pada pertengahan minggu sebelum tewas kepada pasukan bawahan Everton 2-0 semalam.

Bagaimanapun, ketika perlawanan sedang bersiaran langsung, mungkin ramai penyokong bola sepak inggeris tidak dapat menyaksikan kekalahan tersebut susulan konsert final yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Persembahan mantap Jaclyn Victor menerusi lagu When You Believe dan Sandarkan Pada Kenangan berjaya memastikan dia dinobat sebagai juara dalam konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.