Gus Poyet: Pemain wajar cari penyelesaian atasi dilema jadual padat

Shaiful Shamsudin
August 22, 2023 03:32 MYT
Bola sepak sedang menghadapi dilema jadual padat higga memberi kesan kepada kualiti permainan dan Gus Poyet percaya penyelesaiannya terletak di tangan pemain, bukannya organisasi.
Kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan perlawanan kerap melepasi 100 minit kerana peraturan baru masa tambahan yang mula diperkenalkan dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.
Pemain Manchester United, Raphael Varane telah menyuarakan kebimbangannya mengenai peningkatan tempoh permainan yang memadatkan jadual yang sudah pun sedia sibuk, manakala pengurus Manchester City, Pep Guardiola, turut meluahkan kebimbangan yang sama.
Bekas pemain tengah Chelsea dan Tottenham tersebut mengakui ia adalah situasi yang sukar memandangkan penganjur liga dan badan induk utama cenderung untuk memaksimumkan pendapatan, tetapi kadangkala hingga mengorbankan kualiti permainan itu sendiri.
Poyet memberitahu Stats Perform: "Sifir tentang sukan ini adalah mudah. Apabila anda terlibat dengan terlalu banyak perlawanan, anda kehilangan kualiti, anda tidak boleh mengekalkan kualiti anda di tahap yang sama untuk 60 atau 70 perlawanan semusim, tiada ruang untuk itu.
"Jika orang ramai mahu melihat bola sepak berkualiti, mereka perlu mengurangkan jumlah permainan. Jika anda mengurangkan bilangan permainan, siaran langsung jadi berkurangan jadi wang yang dijana jadi lebih rendah.
“Setiap orang yang terlibat dalam bola sepak ini termasuk saya perlu menjawab, adakah kita bersetuju bahawa untuk menikmati gaji lebih kecil tetapi bilangan perlawanan akan dikurangkan, atau adakah kita sangat mementingkan diri sendiri dan mahu terus memperoleh pendapatan yang lebih, namun mengharungi lebih banyak perlawanan?

We had a meeting last week with the FA. They recommended from the referees new decisions and rules. From the managers and players, we have shared our concerns for many years now that there are too many games, the schedule is overcrowded, and it’s at a dangerous level for…

— Raphaël Varane (@raphaelvarane) August 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perkara ini bergerak seiring. Saya fikir kita perlu mula mempertimbangkannya lebih serius kerana sudah pasti kelab tidak akan mampu membayar setinggi £100 juta (RM ) jika tidak mempunyai dana daripada televisyen yang menampilkan lebih 38 perlawanan.
"Saya rasa kami agak mementingkan diri sendiri dan kami hanya memikirkan tentang diri sendiri apabila wang yang diperoleh dijana menerusi kuantiti perlawanan yang boleh ditayangkan.
"Tidak mengapa jika seseorang itu tidak bersetuju, ini kerana mereka hanya memikirkan tentang diri sendiri."
#Gus Poyet #EPL #jadual