MAN CITY 2 NOTTINGHAM 0

Pep Guardiola mengakui marah dengan Rodri selepas pemain tengah itu dibuang padang ketika Manchester City mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nottingham Forest.


Pemain antarabangsa Sepanyol itu dibuang padang pada awal separuh masa kedua pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, malam tadi, selepas tangannya menyentuh leher pemain pelawat, Morgan Gibbs-White.

Rodri sempat membantah tetapi pengadil, Anthony Taylor, mengekalkan pendirian selepas menyemak video bantuan pengadil (VAR), malah Guardiola percaya tiada alasan untuk anak buahnya bertindak sedemikian.

Pengurus City itu berkata: “Mudah-mudahan Rodri akan belajar.




"Permainan berlangsung dengan sempurna sepanjang 35 minit dan selepas itu menjadi huru-hara.

“Ia bukan tanggungjawab kami tetapi Rodri haruslah mengawal diri dan emosinya. Saya boleh mengutip kad kuning tetapi tidak buat Rodri. Saya tidak akan beraksi. Pemain di dalam padang yang perlu berhati-hati.

“Saya berpesan ketika rehat supaya mereka mengawal emosi. Malangnya, Rodri tidak dapat melakukannya. Jadi kami perlu akur dengan keputusan itu.”

Ditanya sama ada dia berang dengan Rodri, Guardiola berkata: “Ya. Saya tidak suka bermain dengan 10 disebabkan kesilapan kami. Dia patut meminta maaf.”