Pep Guardiola mengakui Brentford layak menang selepas dua gol Ivan Toney menyaksikan Manchester City akur dengan kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

City memasuki perlawanan bertemu Brentford mengetahui kemenangan akan melonjakkan mereka -- sekurang-kurangnya buat sementara waktu -- ke puncak liga, tetapi Toney menambah gol pembukaannya bagi memastikan kemenangan buat The Bees pada minit ke-98.



Juara bertahan itu gagal mengukuhkan gol penyamaan yang disempurnakan Phil Foden pada separuh masa pertama walaupun memberi tekanan berpanjangan kepada Brentford, dan Guardiola percaya keputusan itu adalah adil.

"Pasukan terbaik menang, pasukan lebih baik menang," kata Guardiola kepada BT Sport.

“Kami bergelut ketika lawan melakukan hantaran jauh, terus daripada [David] Raya sehinggalah kepada penyerang, dan apabila mereka kehilangan bola, mereka sentiasa bersedia untuk bertahan.

"Kami menghadapi masalah di bahagian serangan dan kami tidak menemui rentak kami. Kami mempunyai lebih banyak momentum, tetapi segala yang diusahakan tidak berhasil. Secara keseluruhan, mereka bermain lebih baik, saya menerimanya."