Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, meyakini bahawa pemain sayap, Jack Grealish, akan menjadi lebih hebat selepas mengharungi musim yang kurang seimbang.

Pada awal kemasukannya ke kelab ternama England itu, Grealish mempamerkan gaya permainan yang memukau mata peminat tempatan namun, sebaliknya terjadi dalam musim ini di mana dia kehilangan sentuhan permainannya.

Oleh itu, jurulatih berusia 53 tahun itu lebih cenderung memilih pemain baru, Jeremy Doku, bagi mengisi kekosongan di bahagian kiri permainan untuk membantu jentera serangan.

“Saya sangat percaya dia akan kembali seperti sebelum ini. Dia perlu bangkit meskipun sedang bergelut dengan prestasinya sendiri.

“Kehadiran Doku adalah sebagai saingan kepadanya untuk merebut kesebelasan utama, malah dapat membantu mendapatkan kembali rentak permainannya,” kata pengendali juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.