Golf Terbuka AS: Tiger Woods tarik diri

Muzaffar Musa
May 23, 2023 04:58 MYT
Tiger Woods secara rasmi menarik diri daripada Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Los Angeles Country Club bulan depan.
Woods menarik diri dalam pusingan ketiga Kejohanan Masters bulan lalu dengan menjelaskan bahawa ia disebabkan kesakitan plantar fasciitis.
Bagaimanapun, legenda golf berusia 47 tahun itu kemudian menjalani prosedur subtalar fusion di New York untuk mengatasi masalah itu, yang disebabkan oleh keretakan talus, iaitu tulang penghubung di buku lali.
Juara kejohanan utama 15 kali itu juga tidak bersaing dalam Kejohanan PGA AS di Oak Hill minggu lalu dan USGA mengesahkan bahawa dia juga tidak akan menyertai Terbuka AS kali ini.
#Tiger Woods #Golf #PGA #Golf Terbuka Amerika Syarikat