Pengarah Napoli, Cristiano Giuntoli, menegaskan tidak ada peluang untuk Khvicha Kvaratskhelia meninggalkan kelab, dengan pemain sayap itu berkata dia 'berasa seperti di rumah sendiri' bersama pendahulu Serie A itu.

Pemain antarabangsa Georgia itu, yang tiba dari Dinamo Batumi pada Julai, telah memainkan peranan penting dalam permulaan mengagumkan Napoli musim ini, dengan pasukan kendalian Luciano Spalletti mendahului lapan mata di puncak Serie A.

Tiada pemain yang terlibat secara langsung dalam lebih banyak gol musim ini daripada Kvaratskhelia (11 -- enam gol, lima bantuan jaringan), dengan jumlah golnya menyamai rakan sepasukan, Victor Osimhen, yang merupakan peledak utama dalam liga teratas Itali (sembilan gol).

Persembahan pemain berusia 21 tahun itu telah menarik minat beberapa kelab, dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dilaporkan menjadikannya sasaran utama mereka dan bersedia untuk menawarkan GBP50 juta (RM269 juta) pada jendela perpindahan bulan hadapan.

Tetapi apabila ditanya mengenai spekulasi itu, Giuntoli memberitahu SportExpress, "Tidak ada peluang untuk kami membiarkannya pergi, tidak kira berapa nilai tawaran itu."

Sementara itu, Kvaratskhelia berasa selesa di Naples, memberitahu pelajar semasa acara di Universiti Federico II, "Orang Neapolitan hidup untuk bola sepak, saya menyedari bahawa dari saat pertama saya tiba di sini.

"Kali pertama saya bermain di Stadio Maradona adalah ketika saya benar-benar berasa seperti pemain bola sepak profesional. Penduduk Naples mengharapkan banyak daripada kami, jadi adalah penting untuk sentiasa bekerja di peringkat tertinggi. Saya berterima kasih kepada mereka, kerana mereka memberi kami begitu banyak. banyak cinta.

"Penduduk Neapolitan dan Georgia kedua-duanya mengutamakan keluarga, itulah sebabnya saya berasa selesa di sini."