Gasperini buat pusingan U mahu kekal di Atalanta

Muzaffar Musa
July 4, 2022 13:40 MYT
Gian Piero Gasperini sebelum ini mendedahkan bahawa dia bersedia untuk meninggalkan Atalanta pada penghujung musim lalu tetapi kini memilih untuk kekal di Bergamo sebagai menghormati pemilik kelab itu dan penyokong mereka.
Gasperini mula mengambil alih tugas di Atalanta pada 2016 selepas kelab itu menamatkan lima musim Serie A berturut-turut dalam kelompok separuh terbawah.
Kemasukan bekas pengendali Inter Milan itu membawa transformasi dramatik buat kelab berkenaan dengan menerapkan corak lebih menyerang untuk menamatkan musim Serie A pertamanya di tempat keempat sebelum berada dalam kemlompok tiga teratas bagi tiga musim berturut-turut dari 2019 hingga 2021.
Bagaimanapun, momentum Atalanta kian merudum musim lalu, di mana mereka menamatkan kempen di tempat kelapan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai masa depan pengurus berusia 64 tahun berkenaan.
Gasperini berkata pada May lalu bahawa dia tidak pasti mengenai masa depannya bersama kelab berkenaan tetapi kini mengesahkan keinginannya untuk kekal di Bergamo untuk membina satu pasukan muda yang lebih kuat.
"Bersama (Presiden Atalanta, Antonio) Percassi terdapat hubungan yang disulami kepercayaan dan penghargaan. Saya berkata kepadanya 'mungkin saya yang perlu pergi' tetapi dia benar-benar tidak mahu ia berlaku," katanya kepada La Gazzetta dello Sport.
"Kini, kami perlu memulakan kembali momnetum. Jika saya masih di sini, ia kerana ikatan kuat saya bersama bandar ini.
"Saya dapat lihat keinginan mereka dan ia membuatkan saya rasa terikat kerana saya benar-benar sudah bersedia untuk pergi jika ada kelab yang mahukan khidmat saya
"Atalanta akan menjadi pasukan yang muda dan kuat. Saya kekal kerana keinginan orang ramai. Terdapat keinginan untuk membalas dendam.
"Kami bukan pasukan besar, kami sedang berusaha untuk menjadi pasukan besar. Buat masa ini, kami akan berjuang, kami akan menikmatinya," katanya.

? @SerieA Fixtures update 1) ✈️ v Sampdoria | 13/08 | 18:30 CEST 2) ?Milan | 21/08 | 20:45 CEST 3) ✈️ v Hellas Verona | 28/08 | 18:30 CEST 4) ? Torino | 01/09 | 20:45 CEST 5) ✈️ v Monza | 05/09 | 18:30 CEST#GoAtalantaGo ⚫️? pic.twitter.com/48Y84MWcMg

— Atalanta B.C. (@Atalanta_BC) June 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Atalanta #Serie A
;