Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja

Ammar Hakim
July 31, 2021 07:18 MYT
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.
Barca mengekalkan rekod pramusim mereka yang sempurna, menjadikannya tiga kemenangan daripada tiga perlawanan di Mercedes-Benz Arena.
Depay, yang bergabung dengan gergasi LaLiga secara percuma Jun lalu setelah meninggalkan Lyon, membuka jaringan menentang kelab Bundesliga itu dengan penuh bergaya setelah 21 minit perlawanan berlangsung.
Penyerang Belanda itu mengawal hantaran Frenkie de Jong sebelum melakukan flik mengatasi pertahanan Pascal Stenzel dan melengkapkan jaringan mengatasi penjaga gol, Fabian Bredlow.
Depay kemudian memainkan peranan buat Barca meledak gol kedua 15 minit kemudian, hantaran yang bijak mencari Griezmann sebelum dihantar kepada Yusuf Demir untuk menyempurnakan jaringan.
Koeman memuji kesan rakan senegaranya dan sangat kagum dengan gandingannya dengan bintang Perancis itu.
"Tentunya orang tahu tentang Memphis," katanya.
"Dia berada di [Manchester] United, beberapa tahun terakhir di Lyon dan di atas semua, dia telah menunjukkan dirinya sebagai pencetak gol.
"Dia menunjukkan [kualiti itu] dengan jaringannya, kekuatan dan kepantasan yang dia bawa ke dalam pasukan.
"Gandingan dengan Antoine amat baik sekali.
"Mereka adalah dua pemain yang dapat bermain di posisi yang berbeda dalam serangan. Mereka akan bersaing secara sihat untuk pasukan."

The touch: The shot: pic.twitter.com/pvHSJy0ECT

— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barcelona #Ronald Koeman #Antoine Griezmann #Memphis Depay #Stuttgart
;