Galatasaray mula perbincangan dapatkan Wilfried Zaha secara percuma

Muzaffar Musa
July 24, 2023 02:13 MYT
Galatasaray dilaporkan sudah memulakan perbincangan untuk menandatangani Wilfried Zaha.
Penyerang itu kini boleh didapatkan secara perpindahan percuma selepas kontraknya bersama Crystal Palace tamat bulan lalu.
Kelab Turki itu mengesahkan perkara berkenaan dalam satu ciapan Twitter: "Perbincangan rasmi telah dimulakan dengan pemain profesional, Dazet Wilfried Armel Zaha, mengenai perpindahan pemain itu dengan kelab ini."

Profesyonel futbolcu Dazet Wilfried Armel Zaha'nın kulübümüze transferi konusunda futbolcu ile resmi görüşmelere başlanmıştır. pic.twitter.com/aNpLtSdDOl

— Galatasaray SK (@GalatasaraySK) July 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain kebangsaan Ivory Coast itu sedang dikaitkan dengan beberapa kelab dan Palace juga dilaporkan telah menawarkannya satu tawaran lumayan untuk mengekalkannya di Selhurst Park.
Zaha, yang kembali menyertai Palace selepas musim singkat di Manchester United pada 2015, telah beraksi sebanyak 458 kali buat The Eagles dan menjaringkan 89 gol.
#bola sepak #Crystal Palace #Wilfried Zaha #Galatasaray #Liga Perdana Inggeris