Frank Lampard kesal kem Chelsea hilang arah
Shaiful Shamsudin
May 28, 2023 03:34 MYT
May 28, 2023 03:34 MYT
CHELSEA 1 NEWCASTLE 1
Pengurus sementara, Frank Lampard, meninggalkan Chelsea dengan penuh kekesalan selepas seri 1-1 dengan Newcastle United, sebentar tadi.
Keputusan itu bermaksud Lampard gagal mengemudi anak buahnya mengecapi sebarang kemenangan di Stamford Bridge sejak bekas bintang tengah tersebut dilantik buat kali kedua untuk menamatkan musim ini di kedudukan ke-12.
Jaringan sendiri Kieran Trippier dalam babak pertama memadam jaringan awal yang disumbangkan tuan rumah, Anthony Gordon.
“Standard kami secara kolektifnya telah menurun,” katanya.
“Ketika ini saya perlu bersikap jujur mengenainya kerana ia adalah perlawanan terakhir saya, saya mungkin tidak melihat sebahagian daripada mereka lagi.
“Standard keseluruhan kelab seperti Chelsea perlu berada di tahap maksimum atau anda tidak akan cukup kompetitif daripada segi fizikal mahupun beraksi di tahap tinggi.
Your 2022/23 Player of the Season! ? pic.twitter.com/XLeh5x8CKL
— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kepantasan tinggi dengan gaya Liga Perdana Inggeris (EPL) dituntut.
“Anda perlu bersatu hati di bilik persalinan dan lantang di bilik persalinan, saling memberi dorongan serta berdaya saing kerana perebutan tempat.
Super Frank. ? ? #CheNew pic.twitter.com/7r2g3rXzTM
— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mana-mana pasukan teratas perlu memilikinya.
"Sebaik tiba di sini, saya dapat melihat ia tidak memadai. Sudah tentu pengurus yang sangat berkaliber mampu mengubahnya tetapi semua orang juga perlu bertanggungjawab, pemain termasuk kelab.”