Frank Lampard fokus bantu selamatkan kempen Chelsea
Shaiful Shamsudin
April 7, 2023 08:49 MYT
April 7, 2023 08:49 MYT
Frank Lampard enggan menoleh ke arah hubungan buruknya ketika kali terakhir berada di kem Chelsea.
Malah, dia berikrar memberi tumpuan membantu bekas kelabnya itu segera mencatat keputusan positif selepas membuat kepulangan sensasi ke Stamford Bridge, malam tadi.
The Blues bertindak melantik semula bekas pengurus dan pemain tengah legenda mereka itu sebagai pengurus buat sementara waktu berikutan pemecatan Graham Potter awal bulan ini.
Tatkala Todd Boehly sedang mengusahakan untuk mendapatkan pengganti jangka panjang, kepulangan Lampard boleh menjadi satu peluang untuknya membuktikan keupayaan bagi menggalas peranan itu secara tetap.
Bagaimanapun, pengurus berusia 44 tahun itu menegaskan dia tidak akan bersikap mementingkan diri sebaik mengesahkan kepulangannya.
"Saya seorang yang sangat praktikal," katanya.
Frank Lampard returns as Caretaker Manager until the end of the season. ?
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Untuk kembali selepas diminta oleh kelab, saya gembira menerima peluang yang diberikan ini dan saya bersyukur atasnya.
"Saya fikir peranan ini akan bercakap dengan sendirinya sepanjang tempoh saya akan berada di sini.
"Saya tidak mahu mementingkan diri. Saya mahu melakukan yang terbaik sedaya boleh."