Final UEL: Unai Emery cipta sejarah dengan gelaran keempat

Muzaffar Musa
May 27, 2021 00:52 MYT
Unai Emery mencipta sejarah dengan menjulang trofi Piala UEFA/Liga Europa (UEL) buat kali keempat selepas Villarreal mengatasi Manchester United untuk memenangi gelaran utama buat kali pertama di peringkat Eropah.
Villarreal muncul pemenang selepas mengatasi United dalam penentuan penalti panjang yang berkesudahan 11-10 selepas perlawanan berkesudahan 1-1 sehingga tamat masa tambahan di Stadium Gdansk awal pagi tadi.
Gol pembukaan Gerard Moreno dalam babak pertama dipadamkan bintang United, Edinson Cavani, pada minit ke-55 untuk perlawanan itu diheret ke penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol United, David de Gea, merupakan satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penaltinya untuk Emery menjadi ketua jurulatih pertama memenangi empat gelaran Piala UEFA atau UEL, sekali gus mengatasi rekod Giovanni Trapattoni.

4 - Unai Emery has become the first manager to win the UEFA Cup/Europa League four times (2013-14, 2014-15, 2015-16 & 2020-21) surpassing Giovanni Trapattoni. Masterclass. #UELfinal

— OptaJoe (@OptaJoe) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Emery sebelum ini pernah memenangi UEL bersama Sevilla pada 2014, 2015 dan 2016.
Wakil LaLiga, Villarreal, menjadi pasukan pertama muncul juara dalam penampilan final pertama mereka di peringkat Eropah sejak Shakhtar Donetsk melakukannya dalam Piala UEFA 2008-19.
#bola sepak #Manchester United #Unai Emery #Villarreal #Liga Europa