Final Piala FA: Faktor keluarga jadi inspirasi Juan Muniz skor hatrik

Najmi Iman
August 25, 2024 19:06 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) meluaskan dominasi apabila muncul pasukan pertama dalam sejarah mencatatkan kemenangan besar dalam perlawanan akhir Piala FA sejak 1990 menentang Selangor, malam tadi.
Bekas pemain remaja kebangsaan Sepanyol, Juan Muniz, mencetak nama sebagai penjaring hatrik untuk membawa JDT memenangi piala berprestij itu selain mengekalkan rekod kejuaraan tiga kali berturut-turut.
Kehadiran keluarga buat kali pertama ke Malaysia menjadi sumber inspirasi di sebalik kecemerlangan pemain berusia 32 tahun itu hingga diangkat sebagai pemain terbaik aksi tersebut.

Who's on the scoresheet again? ? Juan Muniz!#JDTvSEL#PialaFA#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/ug7UEjyvFx

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan waktu terbaik menjaringkan tiga gol dalam final lebih-lebih lagi menentang musuh tradisi, Selangor, selain menambah koleksi membawa pulang trofi kejuaraan sangat bermakna buat saya.
"Ketika itu perasaan saya sangat teruja kerana kehadiran keluarga menonton saya beraksi membuatkan saya lebih bersemangat," katanya.
#johor darul ta'zim #JDT #Final Piala FA #Juan Muniz