Final Masters China: Hoo Pang Ron akui jurang pengalaman punca terlepas gelaran pertama
Saufi Tahir
November 24, 2024 16:59 MYT
November 24, 2024 16:59 MYT
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, tidak menafikan pengalaman antaranya dengan pasukan lawan yang berada di kedudukan kedua dunia dari China itu menjadi antara faktor mereka tewas dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, hari ini.
Walaupun diselubungi rasa kecewa tetapi dia tetap melihat kejayaan menjadi naib juara dalam kejohanan berstatus Super 750 itu sebagai satu medan untuk melangkah lebih jauh lagi tahun depan.
Merekla terpaksa akur tumbang dalam aksi rubber set, 23-21, 23-25,16-21, kepada wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dengan penuh debaran yang berdurasi 1 jam 33 minit.
RESULTS: #ChinaMasters2024 Final#CHN?? Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping def. #MAS?? Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-23 25-23 21-16 ⏱️ 1h 33m Pang Ron-Su Yin fought bravely in their maiden Super 750 final, pushing World No. 3 Yan Zhe & Dong Ping to their limits. Hold your heads… pic.twitter.com/EcQ5IEHvEC
— BAM (@BA_Malaysia) November 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Agak kecewa dengan keputusan tetapi kami telah berikan aksi yang terbaik. Hari ini pasukan lawan beraksi lebih baik daripada kami. Kami tidak mempunyai tekanan kerana tekanan adalah pada mereka.
"Semestinya kami ada corak permainan tersendiri begitu juga mereka, mungkin dalam masa yang sukar mereka lebih berpengalaman untuk tukar corak permainan dengan begitu pantas.' katanya.
Dalam pada itu, Cheng Su Yin, berasakan sokongan daripada barisan jurulatih dan pasangan beregunya itu menjadi faktor dia dapat beraksi dengan baik dalam pentas final pertama mereka tahun ini.
"Saya gembira dan berharap kami dapat membina kejayaan bermula hari ini dan bersedia untuk kejohanan akan datang.
"Pang Ron dan jurulatih banyak berikan saya keyakinan, tetapi kami hilang fokus dalam set penentuan." tambahnya.