Final EURO 2024: Perdana Menteri sokong Sepanyol

Muzaffar Musa
July 14, 2024 23:54 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kiriman Facebook Story hari ini memaklumkan bahawa beliau akan menyokong Sepanyol dalam final Euro 2024 awal pagi nanti.
"Final Euro, England lawan Espanyola, saya sokong Sepanyol.
"Tetapi sementara itu, kerja jalan, jadi sekarang terus kerja," katanya.
Sepanyol akan menentang England dalam aksi final di Berlin jam 3.00 pagi ini.
Sebagai rekod, Sepanyol hanya tewas empat daripada 14 perlawanan terakhir dengan England dalam kejohanan utama.
#bola sepak #England #Sepanyol #Euro 2024
;