FIFA ucap 'Selamat Hari Kemerdekaan Ke-67 Malaysia'

Ariez Danysh
September 1, 2024 16:39 MYT
Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan ucapan khas sempena Hari Kemerdekaan Ke-67 negara di platform media sosial Facebook, semalam.
FIFA memuat naik satu hantaran dengan ucapan: 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-67 Malaysia!.' buat negara yang menyambut ulang tahun kemerdekaan pada setiap tanggal 31 Ogos.
Ia juga disertakan dengan satu poster pemain-pemain bola sepak negara antaranya Arif Aiman, Faisal Halim, Dion Cools dan Darren Lok.
#bola sepak #FIFA #Harimau Malaya