FIFA sahkan KDA FC bebas daftar pemain musim 2024/25

Ammar Hakim
April 10, 2024 08:00 MYT
Kedah Darul Aman (KDA) FC telah menerima surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA semalam yang memaklumkan sekatan perpindahan pemain dikenakan pada 4 Mac 2024 telah ditarik balik.
Pihak pengurusan menegaskan, isu tersebut berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan telah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 dan 2021.

? Kedah Darul Aman FC telah menerima surat pengesahan dari FIFA pada tarikh 9 April 2024 yang memaklumkan sekatan perpindahan pemain dikenakan pada 4 Mac 2024 telah ditarik balik.@ASTROARENA pic.twitter.com/ir81CFqVSw

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan itu membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25.
#bola sepak #FIFA #Kedah Darul Aman #KDA FC