Fandi berkata, corak permainan dan kombinasi pemain sangat baik pada babak pertama terutama bahagian tengah dan serangan.
Menurutnya, pemain tengah, Muhamad Nor Azam Azih dan pemain import, Sergio Febian Aguero banyak membantu membuka ruang untuk penyerang melakukan serangan sehingga berjaya menjaringkan empat gol pada babak pertama.
"Bagaimanapun permainan yang bersambung pada babak kedua agak hambar sehingga membuka lebih banyak ruang kepada pasukan lawan membuat serangan.
"Pemain kita sepatutnya menggandakan serangan namun mereka lebih banyak menolak bola berbeza dengan pemain Kelantan FC yang mula bermain dengan corak permainan lebih baik pada babak kedua.
"Kemantapan bahagian pertahanan berjaya menyekat serangan lawan apabila mereka hanya mampu membuat hantaran dan tendangan jauh," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Fandi berkata, prestasi pemain import yang diturunkan, Kpah Sherman, Kevin Langbehn Ingreso dan Stefano Brundo juga menampakkan perubahan apabila masing-masing mampu menghadiahkan gol untuk pasukan.
"Kejayaan mengutip tiga mata penuh di Stadium Darul Makmur ini menyuntik semangat pemain untuk bertandang ke tempat lawan pada beberapa perlawanan akan datang.
"Saya gembira dengan kemenangan ini terutama di hadapan penyokong sendiri," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan FC, Choi Moon Sik akan memastikan anak buahnya bangkit selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, selepas dua perlawanan diharapkan ada peningkatan prestasi yang dipersembahkan pemain untuk beraksi dengan lebih baik pada saingan akan datang.
"Pemain cuba bangkit selepas ketinggalan 0-4 pada babak pertama dan berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit akhir perlawanan," katanya.
Pada perlawanan itu, empat gol tuan rumah hasil dijaringkan Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Sergio Aguero dan Stefano Brundo (m-45).
Empat gol, empat penjaring berbeza! Langkah kanan di Darul Makmur ??#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #HakkaClo#posmalaysia pic.twitter.com/DXDGQv41rV
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) March 2, 2023
Gol tunggal Kelantan dijaringkan pemain gantian, Miguel Garrido.
Kredit: Sinar Harian