Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak akan membenarkan konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 22 November depan, mengganggu perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 yang akan diadakan sehari sebelum itu.
Menurut Hamidin, beliau akan memastikan insiden sama yang menyaksikan hanya 21,000 tempat duduk disediakan dalam aksi separuh akhir Piala AFF menentang Thailand pada 7 Januari lalu kerana memberi laluan kepada persiapan untuk konsert Jay Chou tidak berulang lagi.
"Perkara ini sebenarnya saya telah bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.
"Saya telah menyatakan pada menteri perkara ini dah kali kedua berlaku. Perkara ini tidak boleh berlaku lagi. Beliau setuju kerana kami telah maklumkan kontrak kami dengan PSM ini.
"Semuanya dalam FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) kalendar dan juga kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kami. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM, lebih baik kami pergi stadium lain," katanya.
Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan sebarang tindakan seterusnya akan diambil apabila undian sudah berlangsung sekiranya Harimau Malaya perlu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kami sudah buat beberapa persiapan untuk lihat kalau perlawanan berlangsung 21 November itu di Stadium Nasional.
"Konsert yang dibuat ini memang betul di luar kalendar FIFA tetapi persiapannya mengambil masa lima enam hari dan membuatkan sebahagian stadium tidak boleh digunakan.
"Apa pun kami kena tunggu Julai depan untuk undian selain saya juga telah berbincang dengan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia)," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 19 2023


E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa E. Elavarasan secara rasminya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih skuad senior kebangsaan.

Pelaksanaan VAR perlu persediaan rapi
Sistem video bantuan pengadil (VAR) akan dilaksanakan dalam Liga Malaysia (Liga-M) hanya setelah segala persiapan rapi selesai dilakukan bagi penggunaan teknologi tersebut.

Pestabola Merdeka: FAM ada pelan B untuk SNBJ
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mempunyai pelan B sekiranya proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat disiapkan sebelum saingan Pestabola Merdeka bermula Oktober depan.

FAM lantik jurulatih Thailand kendali skuad futsal negara
Skuad futsal Harimau Malaya menggunakan sentuhan jurulatih dari Thailand bagi menghadapi kelayakan Piala Asia AFC di Uzbekistan Oktober ini.

Hamidin tak minat jadi Presiden BAM
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak berminat untuk menjawat jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

FAM tolak rayuan Faisal Halim, JDT
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengekalkan penggantungan perlawanan selama sebulan yang telah dijatuhkan kepada pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim baru-baru ini.

FAM nafi lambat bertindak
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan badan induk bola sepak negara itu lambat bertindak susulan insiden penyokong Kuala Lumpur (KL) City yang telah dipukul dalam final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

Selangor beri sokongan penuh kepada Faisal Halim -- Cheng Hoe
'Kami di belakang Faisal Halim', itu kata-kata ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mengakui kesukaran yang dilalui pasukannya ketika ini sebaik hukuman penggantungan dikenakan ke atas pemain penting Red Giants itu.

Faisal Halim terima penggantungan selama sebulan
Tonggak Selangor FC, Faisal Halim, dikenakan hukuman penggantungan sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jurulatih futsal Thailand gemar ketengahkan bakat muda
Ketua jurulatih Selangor TOT, Patt Sriwijit, percaya kehadiran ketua jurulatih baru futsal negara dari Thailand yang bakal diketengahkan kelak mampu memberi nafas baru buat Malaysia.

Rudi Garcia says Napoli ‘need to be more effective’ ahead of Bologna clash
A 2-1 midweek Champions League triumph at Braga has done little to sway the detractors of Garcia’s system.

No margin for error in Tonga clash – Scotland talking points
Kyle Steyn and Lions duo Rory Sutherland and Chris Harris are back in the XV as their side look to bounce back from defeat to South Africa.

Lautaro Martinez says Inter need to ‘raise their level’ against Empoli
The Nerazzurri’s winning streak ended with a midweek Champions League draw against Real Sociedad.

Scotland goal came from World Cup routine – Lucy Bronze
The defender opened the scoring in the Nations League clash as England won a tight game 2-1.

Antoine Dupont has surgery as France captain’s World Cup remains in the balance
Les Blues face an anxious wait as their captain begins his recovery process.

Ange Postecoglou says Tottenham will play on the front foot against Arsenal
Spurs have lost their last three games at the Emirates but also showed an underwhelming lack of attacking imagination.

It is real – Lewis Hamilton amazed by ‘huge’ gap to Max Verstappen and Red Bull
Verstappen hit back in style in qualifying for the Japanese Grand Prix after seeing his record 10-race winning run end in Singapore.

Mikel Arteta relishing ‘special rivalry’ as in-form Arsenal and Spurs do battle
Both the Gunners and Tottenham are unbeaten in the Premier League ahead of their derby-day clash.

Wales’ destiny in their own hands – 5 talking points ahead of Australia showdown
Warren Gatland’s side are chasing a quarter-final prize for a fourth World Cup in succession.

Verstappen pips Piastri to pole after tense qualifying for Japanese GP
Verstappen was imperious around the high-speed corner circuit at Suzuka.