Faktor bebas buat keputusan, Pan-gon pilih Ulsan HD?
Najmi Iman
July 22, 2024 19:52 MYT
July 22, 2024 19:52 MYT
Terdapat banyak perbezaan di antara membimbing sebuah pasukan kebangsaan meskipun berdepan rintangan menguji kemampuan besar berbanding membawa cabaran kelab bola sepak.
Namun, tiada apa yang mampu menafikan impian bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon, yang mahu memimpin salah satu kelab di liga terbesar Korea Selatan.
Pengurus berusia 55 tahun itu kini dalam fasa meneliti keseluruhan keperluan sebelum diumumkan secara rasmi bersama kelab Liga Juara-juara Asia, Ulsan HD.
Cuba kira berapa banyak penekanan pernyataan ‘everybody have to support’ dari Kim Pan-gon ? @ASTROARENA pic.twitter.com/O0kAbVhoQ1
— FinaNasrom (@fnasrom) July 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penekanan paling penting yang dititik beratkan ialah kemampuan untuk melakukan keputusan secara bersama selain ia kriteria utama sebelum menyertai pasukan pilihannya.
"Saya merupakan salah seorang calon untuk menjawat jawatan tersebut sambil saya ingin melihat terlebih dahulu berkenaan prestasi pasukan selain saya mahu mendapatkan kuasa penuh dan memerlukan sokongan untuk mengetuai jentera pasukan," katanya.
Difahamkan, Pan-gon turut menerima tawaran di posisi ketua jurulatih Hong Kong menggantikan Jorn Andersen.