Faisal Halim fokus pertingkat prestasi sebelum sertai Harimau Malaya

Saufi Tahir
August 30, 2024 18:46 MYT
Penyerang kebangsaan, Faisal Halim, berharap semua pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat sempena Kejohanan Pestabola Merdeka 2024, September ini dapat memberikan aksi terbaik mereka.
Faisal akan terus komited untuk kembali mendapatkan prestasi sebenarnya semula dan bersedia sepenuhnya sekiranya jurulatih memerlukan khidmatnya nanti.
"Sekarang masa untuk saya dapatkan prestasi, kekuatan, kecergasan dan sentuhan kembali kemudian jurulatih akan tentukan sama ada saya bersedia untuk dipanggil ataupun perlukan masa lagi," katanya.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti turun menjalani sesi latihan pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini sebagai persiapan menjelang Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung dari 4 hingga 8 September ini.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/jG8ONg1TJ2

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pemain berusia 26 tahun iut sempat memberikan kata-kata semangat buat rakan sepasukan untuk tunjukkan kemampuan sebenar dalam pertemuan dengan Filipina pada 4 September ini.
Dia juga percaya terhadap segala perancangan taktikal yang bakal dibawa pengendali sementara, Pau Marti mampu mewujudkan sinar baru dalam skuad harimau malaya.
"Sekarang masa untuk saya dapatkan prestasi, kekuatan, kecergasan dan sentuhan kembali kemudian jurulatih akan tentukan sama ada saya bersedia untuk dipanggil ataupun perlukan masa lagi.
"Dalam kejohahan ini saya harap mereka boleh beri yang terbaik, saya sentiasa berada di belakang mereka dan mengucapkan terima kasih keapda rakan-rakan yang beri semangat untuk saya kembali. Saya hargai sangat." katanya.
"Saya tidak sabar bersama rakan-rakan saya, semua pemain sudah memahami tektikal jurulatih Pau Marti, tapi semestinya sesuatu yang baru dan pemain perlu bersedia dan fokus serta menyokong sepenuhnya."katanya.
#bola sepak #Harimau Malaya #Faisal Halim