Faisal Halim aset negara, gesa PDRM habiskan siasatan -- Hannah Yeoh


June 27, 2024 08:04 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menggesa orang ramai supaya tidak memberikan tekanan yang melampau sebaliknya menunggu perkembangan tentang kes simbahan asid terhadap penyerang negara, Faisal Halim oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Hannah turut meminta pihak siasatan PDRM segera mengemukakan laporan terhadap insiden tersebut dengan memaklumkan status terkini.

Tiada yang dapat dilakukan selagi laporan siasatan tidak dikeluarkan oleh PDRM mengenai kes yang membabitkan Faisal Halim. @ASTROARENA pic.twitter.com/NzBcRtw0tH

— Syifa Nasir (@syfansr) June 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, peminat tempatan juga mahu keadilan segera diberikan susulan tragedi yang menimpa penyerang utama Selangor itu sejak 5 Mei lalu.
"Selagi tiada makluman berkenaan berita tersebut, penyokong sejati tidak akan berhenti mendesak kerana Faisal Halim merupakan aset negara," katanya.
#bola sepak #Faisal Halim #Hannah Yeoh