Fabregas dedah kalah bertaruh Range Rover dengan Caballero
Shaiful Shamsudin
March 16, 2020 12:08 MYT
March 16, 2020 12:08 MYT
Cesc Fabregas mendedahkan pernah bertaruh dengan Willy Caballero dalam sesi latihan dan perlu menghadiahkan penjaga gol itu sebuah Range Rover yang rosak.
Penjaga gawang Paris Saint-Germain (PSG), Marcin Bulka, yang dalam kalangan skuad remaja The Blues ketika itu baru-baru ini memberitahu kisah pertaruhan di antara Fabregas dan Caballero tersebut.
Fabregas kemudian tampil di Twitter rasminya semalam untuk mendedahkan reaksi Caballero ketika menerima kenderaan itu dengan keadaan cerminnya retak.
"Jadi, selepas seorang pemain telah mendedahkan kisahnya kepada akhbar mengenai apa yang terjadi pada 2018, ramai yang mula bertanyakan saya apakah itu benar," kata pemain yang kini mewakili Monaco itu.
"Selalunya selepas berlatih, saya mencuri masa untuk meluang masa membuat sepakan penalti.
"Saya sering membuat pertaruhan kecil dengan penjaga gol bagi menghangatkan cabaran itu. Atas sebab tertentu, saya tidak pernah gagal.
"Jadi pada suatu hari, saya terlalu yakin dan ia tidak dapat dipisahkan. Kali ini giliran Willy Caballero dan saya memberitahunya jika dia dapat menyelamatkan sepakan saya maka saya akan membelikannya Range Rover.
"Malangnya, dia dapat menyelamatkannya di depan seluruh pasukan, jadi anda boleh membayangkan bagaimana ia berlaku.
"Daripada seseorang yang paling yakin saya berasakan seorang yang paling bodoh di dunia. Semua orang berteriak dan ketawakan saya kerana terpaksa membayar hutang itu.
"Saya telah menemui sebuah Range Rover rosak yang sama sekali tidak dapat digunakan lagi dengan harga £950 (RM5,042) jadi saya berkata, 'Anda tahu apa? Saya akan mendapatkannya'.
"Keesokan harinya mereka membawanya ke tempat latihan dan saya mahu menunjukkan kepada anda (reaksi) selebihnya menerusi video.
"Pelajaran dalam cerita ini: Usaha bertaruh sama sekali."
be used at all for £950 so I said, you know what? I’ll get that. The next day they they brought to the training ground and well... I’ll show you the rest on a video. The lesson of the story is: Don’t bet at all at any cost. pic.twitter.com/NURhfzmYF6
— Cesc Fàbregas Soler (@cesc4official) March 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.