Fabio Capello pertikai minat Juve buru Arkadiusz Milik

Shaiful Shamsudin
August 24, 2022 09:28 MYT
Fabio Capello tidak faham mengapa Juventus mahu mendapatkan penyerang Marseille, Arkadiusz Milik, sebelum jendela perpindahan ditutup.
Juve dilaporkan berminat mendapatkan pemain antarabangsa Poland itu berbanding Memphis Depay daripada Barcelona.
Milik menyumbangkan 20 gol dalam 37 perlawanan bersama kelab Ligue 1 itu musim lalu dan Bianconeri dikatakan sedia menawarkan perpindahan pinjaman ke atas bekas penyerang Napoli tersebut dengan pilihan untuk menandatanganinya secara kekal.
Bekas pengurus Juve, Capello, tidak begitu teruja dengan laporan bahawa Milik mungkin dalam perjalanan ke Turin.
"Mereka memerlukan pemain yang lebih berkualiti. Saya mendengar tentang Milik tetapi dia bukan pemain yang boleh membawa perbezaan," kata Capello kepada Sky Sport Italia.

Good first ?? ?? pic.twitter.com/OFvW1COqY5

— Arkadiusz Milik (@arekmilik9) August 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia bukanlah impian peminat untuk melihatnya di Juve -- dia seorang pemain yang bagus, mampu menjadi sebahagian daripada skuad tetapi setakat itu sahaja."
Naib Presiden Juve, Pavel Nedved, mengesahkan Depay menjadi sasaran Juve selepas mereka seri tanpa jaringan di Sampdoria, semalam, tetapi proses itu tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru.
#Juventus #Fabio Capello #Arkadiusz Milik