Sean Dyche terpaksa mendedahkan kebenaran mengenai konflik dengan Demarai Gray selepas pemain sayap itu mendakwa pengurus Everton berkenaan tidak menghormatinya.
Grey belum diturunkan musim ini dengan Dyche mendakwa pemain itu tidak mahu berlatih selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi dan Fulham.
Bagaimanapun, tiada perubahan yang terjadi sebelum tarikh akhir perpindahan Eropah pada Jumaat lalu sementara dan Arab Saudi sehari sebelumnya, namun dia sekali lagi diketepikan daripada skuad yang seri 2-2 di Sheffield United, Gray kemudian menggunakan Instagram dengan menyelar pengurusnya itu: “Adalah sangat sukar untuk bermain di bawah kendalian seseorang yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada anda sebagai seorang individu.”
Dyche kini mengambil langkah luar biasa untuk menangani isu itu dalam wawancara dengan media kelab.
“Malangnya saya cuba mengekalkan urusan kami secara dalaman. Saya rasa dalam kesempatan ini, saya wajar bertindak balas,” katanya.

“Demarai menjelaskan bahawa dia berasakan dia akan berpindah dan memberitahu perpindahannya telah dimuktamadkan, apa yang menariknya kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemain.
“Kami mahu mengingatkannya tentang kebenaran hakikat bahawa tiada perpindahan dilakukan tanpa kebenaran kelab ini.
“Kami menjaga mereka; kami melayani mereka semua dengan cara yang berbeza berdasarkan mental yang merupakan satu kesejahteraan yang utama, taktik dan teknikal serta fizikal.
"Apabila tiba masa bagi pemain pula, mereka tidak mahu berlatih, tidak mahu berada di sini selain berkata perpindahannya sudah selesai.
“Kami berkata ia tidak dapat direalisasikan memandangkan kelab ini yang patut menjadi keutamaanya. Kelab ini akan memutuskan masa depan anda sebagai pemain dan bukan sebaliknya.
"Saya rasa adalah wajar untuk memberitahu peminat kami bahawa inilah kebenarannya."