EURO 2024: Ultras Scotland tawan bandar Cologne, 100,000 penyokong bawa lautan biru

Najmi Iman
June 19, 2024 23:06 MYT
Pemain daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Andy Robertson dan Scott Mctominay, menjadi watak penting dalam membantu Scotland mendapatkan satu mata berharga sekali gus menyaksikan cabaran buat Scotland dalam saingan EURO 2024 terus menyala.
Scotland berjaya mengikat Switzerland dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Cologne, Jerman sebentar tadi.
Berbaki satu sahaja lagi perlawanan, Scotland mahu menghidupkan peluang untuk terus bersaing dalam kejohanan berprestij itu dengan finalis Piala Dunia 2018, Croatia, bakal menjadi lawan mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

❤️???? #effzeh pic.twitter.com/R0fFFUnyEs

— 1. FC Cologne (@fckoeln_en) June 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah satu bandar terbesar Jerman, Cologne, telah dibanjiri sekitar 100,000 penyokong dari Scotland yang menukar bandar tersebut kepada lautan biru bagi menggamatkan lagi suasana meriah untuk memberi sokongan terhadap pasukan mereka.
Laungan 'tiada Scotland, tiada parti' dinyanyikan sejak minggu lalu menandakan pasukan tersebut berada di landasan terbaik untuk mencabar kuasa besar bola sepak Eropah dengan pembentukan skuad yang kuat.
#bola sepak #Scotland #Euro 2024