EURO 2024: Ukraine bangkit hidupkan peluang ke pusingan kalah mati

Saufi Tahir
June 21, 2024 23:02 MYT
Ukraine berjaya bangkit menewaskan Slovakia dengan kemenangan 2-1 untuk menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik saingan EURO 2024 dalam aksi berlangsung di Arena Dusseldorf, sebentar tadi.
Ukraine ketinggalan dalam separuh masa pertama hasil jaringan pemain Slavia Prague, Ivan Schranz, pada minit ke-17 selepas menyempurnakan hantaran lintang Lukas Haraslin.
Jaringan penyamaan Ukraine hadir sembilan minit selepas bermula separuh masa kedua apabila Mykola Shaperenko mudah menolak masuk hantaran Oleksandr Zinchenko.

Touch and finish: out of this world ?#EURO2024 | #SVKUKR pic.twitter.com/leNCoitXvl

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menuju 10 minit terakhir, Ukraine memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka selepas pemain gantian, Roman Yaremchuk, menolak masuk bola pada minit ke-80 sekaligus menewaskan Martin Dubravka untuk mendahului 2-1.
Kemenangan itu memastikan peluang kekal terbuka buat semua pasukan dalam Kumpulan E untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Yaremchuk's wondergoal seals a comeback win for Ukraine! ??#EURO2024 | #SVKUKR pic.twitter.com/ok1odRPi7S

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Slovakia #Ukraine #Euro 2024