EURO 2024: Tabiat pelik pengurus terkemuka Eropah
Ammar Hakim
June 17, 2024 14:31 MYT
June 17, 2024 14:31 MYT
Tular video Ronald Koeman mengorek hidung kemudian menjilat hingus ketika Belanda menang 2-1 ke atas Poland dalam aksi Euro 2024 semalam.
Ronald Koeman berdepan kritikan berkelakuan 'menjijikkan' kerana insiden mengorek hidung ketika The Oranje beraksi di Volksparkstadion Hamburg.
Ronald Koeman, the 61-year-old head coach of the Netherlands, was caught on camera yesterday licking mucus off his nose during a game against Poland.?? pic.twitter.com/KazZ91oEus
— MZulu wa Limpopo (@KabeloMohlah02) June 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perlawanan itu menyaksikan Adam Buksa membenarkan Poland mendapat kelebihan awal, kemudian Cody Gakpo menyamakan kedudukan.
Walaupun kawalan penuh permainan memihak Belanda, mereka berjaya memastikan kemenangan hasil jaringan Weghorst sekaligus meraih tiga mata penting dalam saingan Kumpulan D.
Rakaman viral dari kamera TV yang tertumpu kepada ketua jurulatih Belanda merakamkan satu adegan yang meragukan. Koeman, bekas pengurus Barcelona dan Southampton berusia 61 tahun itu mencari 'sesuatu' di dalam hidung sebelum memakan kemudian menjilat jarinya, dan kemudian menggunakan baju polonya untuk mengelap hidungnya.
Insiden itu mencetuskan ingatan tentang detik yang sama meresahkan oleh pengendali Jerman Joachim Low pada Euro 2016, selepas dia kelihatan menyeluk ke dalam seluar sebelum menghidu jarinya.