EURO 2024: Syihan Hazmi pernah tepis percubaan Martin Adam


June 17, 2024 00:37 MYT
Selepas menerima kecaman hebat daripada netizen, pemain Hungary, Martin Adam, bangkit mempertahankan mengenai bentuk fizikal yang dimiliki dirinya.
Kelibat pemain itu mencuri tumpuan peminat bola sepak ketika dimasukkan selaku pemain gantian dalam kempen Euro 2024 selepas gagal membantu pasukannya bangkit mengatasi Switzerland, kelmarin.
Namun, pemain berusia 29 tahun itu memiliki pencapaian yang membanggakan ketika mewakili pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai, dengan meraih dua gelaran juara liga utama di negara tersebut.
Lebih membanggakan, penjaga gol nombor satu Malaysia, Syihan Hazmi, pernah melakukan dua penyelamatan penting daripada tandukan Martin Adam buat Johor Darul Ta'zim (JDT), ketika saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ismail, tahun lalu.
Hasil daripada tepisan itu, JDT berjaya meraih kemenangan 2-1 di hadapan peminat tempatan dengan pemain kebangsaan, Akhyar Rashid, menjadi wira perlawanan tersebut.
#bola sepak #Hungary #JDT #Euro 2024 #Syihan Hazmi #Martin Adam
;