EURO 2024: Sumpahan Harry Kane berterusan
Kamal Nizam
July 15, 2024 09:12 MYT
July 15, 2024 09:12 MYT
Selepas kekalahan 2-1 England ke atas Sepanyol di Stadium Berlin, ini meneruskan lagi penantian trofi pertama The Three Lions dengan kali terakhir mendakap Piala Dunia pada 1966.
Perkara itu juga menambah kepada rekod kekalahan final kapten England Harry Kane yang setakat ini tewas dalam enam final kejohanan utama.
Lebih teruk lagi Kane masih belum berupaya meraih sebarang trofi utama dalam kariernya walaupun mempunyai statistik menggerunkan sebagai antara penyerang paling berbisa dalam sejarah.
Dengan 344 gol dan 89 bantuan gol dicipta dalam 521 perlawanan kariernya sebagai pemain bola sepak, Kane masih gagal untuk raih sebarang trofi hinggakan peminat anggap kehadiran penyerang itu sebagai satu 'sumpahan'.
Lebih-lebih lagi apabila kelabnya sekarang ini, Bayern Munich, juga gagal meraih sebarang trofi buat pertama kali dalam sejarah musim lepas selepas mereka ambil Harry Kane sebagai penyerang utama.
Bilakah 'sumpahan' Kane ini akan berakhir?