EURO 2024: Slovakia tak gentar dengan status England


June 29, 2024 16:07 MYT

Biarpun hadir ke Jerman sebagai pasukan bukan pilihan, Slovakia melaungkan amaran tidak takut untuk berdepan skuad gergasi, England dalam aksi kalah mati Euro 2024 pada Isnin.

Pemain tengah Slovakia, Ondrej Duda, mengakui skuad The Three Lions sebuah pasukan hebat, namun tiada yang mustahil sebarang kejutan boleh berlaku.

'I cannot wait for this game because I want to see how the England team react after the criticism' Former Liverpool defender Martin Škrtel is looking forward to Slovakia's Euro 2024 RO16 tie with England ????????? pic.twitter.com/NPDLdJiFDx

— Sky Sports Football (@SkyFootball) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Pasukan Inggeris mempunyai kualiti tetapi setiap lawan yang mereka temui setakat ini sebenarnya mampu menumpaskan England.

“Jadi, kami tak gentar kerana mereka tidak sekuat mana,” katanya.

England mara ke pusingan 16 selepas terikat tanpa jaringan dengan Slovenia pada Rabu lalu.

Walaupun mempamerkan prestasi hambar dalam Kumpulan C, Three Lions menghuni tangga teratas dengan lima mata.

Mereka akan menentang Slovakia pada peringkat kalah mati selepas pasukan yang menduduki ranking ke-45 dunia itu menduduki tangga ketiga Kumpulan E.

Big goal for Slovakia as Ondrej Duda heads home! ?? pic.twitter.com/jU2ijVvN0M

— Sky Sports Football (@SkyFootball) June 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seorang lagi pemain Slovakia, Stanislav Lobotka turut melahirkan keyakinan dengan kemampuan pasukannya.

“Layak ke pusingan kalah mati amat menakjubkan. Kami berjaya melakukannya dan saya gembira dengan cara kami beraksi. Kami tidak akan terhenti di situ dan akan cuba mara lebih jauh,” katanya.

Slovakia akan berdepan England dalam aksi pusingan 16 terbaik di Arena AufSchalke, Gelsenkirchen pada Isnin. - Sinar Harian

#bola sepak #Ondrej Duda #Euro 2024