SEPANYOL 3 CROATIA 0

Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, memulakan kempen Euro 2024 dengan langkah kanan selepas selesa membenam Croatia dalam perlawanan kumpulan B, sebentar tadi.


Anak-anak buah Luis de la Fuente hanya memerlukan 45 minit pertama sahaja untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka susulan tiada jaringan berlaku pada separuh masa kedua.

Ketua pasukan, Alvaro Morata, serta pemain sandaran, Febian Ruiz dan Dani Carvajal menjadi watak penting La Roja mendapatkan tiga mata penuh untuk menghuni tangga teratas kumpulan B.

Meskipun melakukan kesilapan ketika membuat hantaran, penjaga gol utama, Unai Simon, bangkit menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan hasil kekasaran yang dilakukan oleh pemain Manchester City, Rodri.