Euro 2024: Saya hadir bukan untuk makan angin -- Xherdan Shaqiri

Ammar Hakim
June 14, 2024 09:02 MYT
Xherdan Shaqiri bersedia untuk menyinar bersama Switzerland sekali lagi apabila dia menolak keraguan tentang kecergasan perlawanannya menjelang Euro 2024.
Shaqiri, yang akan beraksi dalam kejohanan utama ketujuhnya di Jerman, berharap dapat meneruskan kerjaya cemerlangnya bersama negaranya ketika mereka memulakan kempen Kumpulan A menentang Hungary esok.
Pemain berusia 32 tahun itu telah menjaringkan atau membantu 46 peratus gol Switzerland di kejohanan utama sejak 10 tahun lalu, menjadi hanya pemain kelima yang mencapai 100 caps untuk negaranya dua tahun lalu.
Di sebalik pengalamannya, jurulatih, Murat Yakin, telah mempersoalkan keupayaan Shaqiri untuk bermain secara berturut-turut dalam pertandingan itu, dengan penyerang itu menegaskan tidak ke Jerman untuk pemanas bangku simpanan.
“Ia hampir memalukan untuk menjawab soalan ini.
"Setiap pemain yang masuk ke dalam pasukan kebangsaan boleh dan mahu bermain," kata Shaqiri.
“Tiada sesiapa sepatutnya hanya hadir ke tempat kerja separuh masa sahaja.
“Saya tidak nampak sebarang masalah dengan itu. Adakah (Murat Yakin) benar-benar berkata begitu?
"Saya memberikan jawapan: Saya di sini bersama pasukan kebangsaan kerana saya mahu membantu pasukan dan bermain sebaik mungkin. Saya tidak ke Kejohanan Eropah untuk bercuti."

#XS23 #Euro2024 #hoppschwiiz?? ⚽️???❤️ @EURO2024 @nati_sfv_asf pic.twitter.com/kf5xmZQMlL

— Xherdan Shaqiri (@XS_11official) June 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Xherdan Shaqiri #Hungary #Switzerland #Jerman #Euro 2024