EURO 2024: Ramai lontarkan makian mengarut -- Bellingham

Kamal Nizam
July 1, 2024 06:42 MYT
Susulan kemenangan dramatik 2-1 England ke atas Slovakia di pusingan 16 terbaik EURO 2024.
Pemain terbaik perlawanan, Jude Bellingham, tampil berikan reaksi kurang senang terhadap segala kata makian yang dilontarkan peminat kepada skuad England.
Dia terlebih dahulu tonjolkan rasa tidak puas hatinya semasa meraikan gol minit akhirnya sebelum membawa isu itu dalam sidang media selepas perlawanan berakhir.

"Sometimes it feels like there's a pile-on from the fans... moments like tonight throw it back to some people" ? Jude Bellingham on how England's dramatic 2-1 win over Slovakia can hush the doubters... ? pic.twitter.com/bK3D24sKXq

— Sky Sports Football (@SkyFootball) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bermain dengan England sepatutnya menjadi detik paling membanggakan dalam karier seorang pemain bola sepak.
"Namun, ia sangat sukar apabila kami perlu hadapi tekanan yang sangat tinggi.
"Jangkaan peminat terhadap kami juga sangat besar -- kadang-kadang kami perlu ambil perkara seperti ini secara peribadi kerana kami pun sudah bekerja keras setiap hari.
"Jadi sukar untuk terima segala kata-kata keji dari peminat," kata Jude Bellingham.
#England #Slovakia #Jude Bellingham #Euro 2024