EURO 2024: Perancis terkejut Griezmann bergelut di Jerman

Ammar Hakim
July 9, 2024 10:55 MYT
Pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot, mengakui semua orang yang berkait dengan pasukan 'terkejut' dengan pergelutan dialami Antoine Griezmann di Euro 2024.
Perancis bakal berdepan Sepanyol dalam separuh akhir awal pagi esok, ketika mereka dalam bidaan untuk mara ke final dalam empat kejohanan utama di bawah kendalian Didier Deschamps.
Bagaimanapun, Les Bleus berdepan kritikan mengenai sentuhan jaringan dalam kejohanan kali ini.
Tiga gol yang terhasil menerusi dua jaringan sendiri dan satu sepakan penalti Kylian Mbappe, dan mereka menjadi satu-satunya pasukan dalam Kejohanan Eropah yang melakukan 50 percubaan atau lebih dalam satu edisi tanpa menjaringkan gol.
Griezmann, salah seorang bintang Perancis yang menyerlah sepanjang Piala Dunia 2022 dan merupakan penjaring gol ketiga terbaik sepanjang sejarah Euro dengan tujuh gol, bergelut dalam edisi kali ini.
“Kami semua terkejut apabila mengetahui kualiti Antoine dan apa yang dia lakukan di Piala Dunia, di mana dia sudah pasti salah seorang pemain terbaik,” kata Rabiot pada Isnin.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya, mungkin dia tidak begitu baik secara fizikal. Kami mengharapkan lebih banyak daripada Antoine kerana dia mampu melakukan lebih banyak lagi.
"Kami boleh menang tanpa Antoine, kami mempunyai pasukan peringkat tinggi, tetapi jelas lebih mudah jika dia berada di puncak permainannya."
#Antoine Griezmann #Adrien Rabiot #Perancis #Sepanyol #Euro 2024
;