EURO 2024: Pepe optimis Portugal mampu kembali ke prestasi terbaik

Saufi Tahir
June 29, 2024 14:59 MYT
Berikutan Portugal menamatkan peringkat kumpulan EURO 2024 dengan kekalahan mengejut 2-0 berdepan Georgia minggu lalu.
Pemain pertahanan pasukan itu, Pepe, percaya lebih banyak yang perlu dilakukan apabila menentang Slovenia dalam perlawanan pusingan 16 Isnin nanti.
Dalam kejohanan Piala Dunia 2020, Portugal mencipta rekod dengan margin kemenangan terbesar dalam perlawanan peringkat 16 dengan menewaskan Switzerland 6-1.

?️ 41 years and 113 days ?? Pepe sets the record as the oldest player to appear at a EURO ?#EURO2024 pic.twitter.com/1jJMb520RL

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Portugal adalah pasukan terbaik secara statistik dalam peringkat kumpulan. Dari perlawanan pertama hingga terakhir, penyokong sentiasa bersama kami.
"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, apatah lagi kerana rekod kami baru-baru ini.
"Ia mengenai mengelak daripada melakukan kesilapan yang kami lakukan dalam kekalahan itu pada Mac lalu. Kami tahu ia akan menjadi perjalanan yang sukar, ia akan menjadi sukar tetapi kami semua perlu bersama." katanya.
#bola sepak #Pepe #Portugal #Euro 2024